Ucapan Salam Aidilfitri untuk sekelian warga SGForums yang beragama Islam dan sempurna sebulan berpuasa. Diharap semua bergembira di samping keluarga yang tersayang. Untuk Izuan, janganlah bersedih sangat. Moga-moga roh arwah ibunya dicucuri rahmat. Aku pun tahun ni beraya tanpa ibu, untuk tahun yang ke-12. Al-Fatehah.
Sekiranya ada terkasar bahasa, terumpat sini-sana, termaki yang over-over, termakan yang tak terkira, ampun dan maaf dipinta di hari Raya ini.
Minal Aidil Wal Faizin. Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya guys!